Wednesday, December 03, 2008

FOTOGRAFI PERKAHWINAN

Pakej ini sah sehingga 31 Disember 2008

Pakej A ( RM 500.00 )
x 100 Keping Gambar 4r
x 1 keping gambar 8r ( potrait / lanscape )
x 1 Exclusive Sticky Album
x 6 jam masa liputan
x 1 DVD Edited Photos
x 2gb pendrive edited photos
x 1 Session of OUTDOOR POTRAITURE

  • Add rm250 for custom album (6×8inchi)

Pakej B ( RM 750.00 )
x 140 keping gambar 4r
x 2 keping gambar 8r ( potrait / lanscape )
x 1 Exclusive Sticky Album
x 8 jam masa liputan
x 1 DVD Edited Photos
x 2gb pendrive edited photos
x 1 Session of OUTDOOR POTRAITURE
x 1 Session of PRE-WEDDING

  • Add rm250 for custom album (6×8inchi)

Pakej C ( RM 1000.00 )
x 140 keping gambar 4r
x 4 keping gambar 8r ( potrait / lanscape )
x 1 Exclusive Sticky Album
x 1 Custom Album 6×8 inches ( 10 pages )
x 10 jam masa liputan ( 2 Hari berlainan )
x 1 DVD Edited Photos
x 4gb pendrive edited photos
x 2 Session of OUTDOOR POTRAITURE
x 1 Session of PRE-WEDDING

Pakej Pertunangan ( RM 350.00 )
x 70 keping gambar 4r
x 1 keping gambar 8r ( potrait / lanscape )
x 1 Exclusive Sticky Album
x 4 jam masa liputan
x 1 DVD Edited Photo

  • Add rm250 for custom album (6×8inchi)

No tel: 012 5045244 | ahmad
email: picturesyndicate@yahoo.com
website: http://picturesyndicate.net
http://flickr.com/photos/picturesyndicate

Wednesday, May 07, 2008

Negara Thailand Asalnya Adalah Benua Islam Siam Kedah

Saya merujuk kepada Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 171 lampiran 65, manuskrip bertulisan jawi yang diwartakan pada tahun 222 Hijrah bersamaan 812 masihi

Konflik keganasan yang sedang membara di Wilayah Selatan Thailand bukanlah masalah ekonomi. Sebaliknya ia lahir dari rasa tidak puas hati tentang penjajahan Dinasti Chakri Sokho Thai yang kini diterajui oleh Raja Buddha Bhumiphol Adulyadej. Dinasti ini bermula pada tahun 1736 oleh pendatang tentera dari puak musuh Raja Buddha Rama Kha Meang dari India. Mereka menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokha Thai di Luang Prabhang,Benua Islam Siam Kedah Kheag Tesh. Sejarah bermula pada tahun 1752 apabila mereka menyerang Kerajaan Thong Oo Siam ketika itu dipimpin oleh Maha Dammaiyaza Dipati.Baginda berundur ke Ayuthia dimana baginda di kenali sebagai Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol.

Putera baginda Boromoraja Ekataat V, Sultan Sharif Shah Monggol bernama Koya Long dan bergelar Po Chan semasa memerintah di Kemboja Cempaka Sari dan kemudiannya kembali ke Kedah setelah diserang oleh Alaungphaya. Nagara Kedah adalah tempat asal keturunannya (keturunan Merong Mahawangsa) dan baginda memerintah sebagai Sultan Mudzaffar Syah III setelah ayahanda baginda mangkat dibunuh Thai dalam tahun 1821. Baginda bersemayam di Istana Kuala Kangsar. Pada ketika itu Perak belum lagi sebuah negeri tetapi sebuah daerah dibawah Kerajaan Nagara Kedah.

Pada tahun 1767, kerajaan Lannathai menyerang raja Siam Dinasti Ayuthia Boromoraja V Ekataat Sultan Syarif Syah (Ekataat bermaksud, kami taat). Serangan ini ada disebut dalam buku "A History of South East Asia",Prof DGE Hall, 1955. Berikutan dengan tarikh serangan ini sebarang pembelajaran sejarah di Malaysia sepatutnya menyebut Thai selepas tarikh ini dan menyebut Siam sebelum tarikh ini. Perbezaan ini penting kerana Thai beragama Buddha sementara Siam beragama Islam. Di dalam buku manuskrip Udang-Undang Kedah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada muka surat 43 menyatakan tahun 1199 Hijrah bersamaan tahun 1288 Masihi Sultan Syarif Syah Yang di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah bersemayam di Ayuthia Kota Meang Kuang, Wang Tepus, dalam daerah Kubang Pasu, Jitra Kedah. Tempat ini berdekatan dengan Banai (Ban-Nai, bermaksud Kampung-Syed), Bandar Darul Aman.

Pada tahun 1821, dikenali sebagai tahun musuh bisik, Rama II Chakri Sukhothai menyerang Kedah lalu membunuh Sultan Syarif Syah di Ayuthia Kota Meang Kuang. Pada tahun 1836 Rama V Chakri Sukho Thai Mongkut menukar nama Siam kepada Thailand. Penggantinya, Chakri Sukho Thai Chula Long Khorn pula menyerang Kedah dan membunuh Maharaja Siam terakhir yang memerintah Kedah iaitu Nai Long Jaafar yang bergelar Sultan Jaafar Madazam Syah.

Nama baginda Sultan Jaafar Madazam Syah telah dipadamkan dari sejarah Kedah kerana baginda dikira sebagai menggangu salasilah raja daerah ketika itu. Nai Long Jaafar adalah putera kepada Maharaja Siam Islam bernama Nai Lang@Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Raja daerah yang dimaksudkan ialah Raja Kota Setar yang mana pada hari ini menjadi Salsilah Kesultanan Kedah. Daerah-daerah di Kedah mempunyai raja yang memerintah daerah dan mereka bergelar Paduka Seri Sultan. Pada ketika itu terdapat raja-raja daerah seperti Raja Kulim, Raja Kubang Pasu, Raja Bagan Serai, Raja Pulau Pinang dan yang kekal hingga kehari ini, Raja Perlis. Bukan itu sahaja, malah di Pattani, Acheh yang berada dibawah jajahan Nagara Kedah menggunakan gelaran tersebut.

Pada zaman Khalifah Sharif Shah memerintah di Kedah (1767-1821), Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Adilin menjadi Penghulu Berahman Indera (sekarang Balai Besar Alor Setar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Baginda bukan Sultan Kedah seperti yang disebut oleh pengkaji sejarah tempatan. Di samping itu baginda adalah adik ipar Khalifah Syarif kerana baginda berkahwin dengan Nang Che Puan, adinda kepada Khalifah Syarif yang menjadi Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah pada ketika itu. Sultan Abdullah yang disebut sebagai Sultan Kedah yang bersemayam di Pulau Pinang juga tidak benar. Baginda adalah Paduka Seri Sultan Abdullah, Raja Pulau Pinang dan dilantik oleh Khalifah Syarif menjadi raja dan mengutip cukai disitu. Keberadaan Paduka Seri Sultan Abdullah, sebagai Raja Pulau Pinang sekaligus menyangkal bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Sir Francis Light.

Paduka Seri Sultan Abdullah adalah putera dari isteri kedua, Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin yang bernama Tengku Puteri. Apabila Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III Nai Nal Abidin mangkat, Khalifah Syarif Syah, sebagai Maharaja Siam Islam Nagara Kedah telah menabal Tengku Long Putera sebagai Penghulu Berahman Indera (Balai Besar) dan merangkap Perdana Menteri Nagara Kedah. Tengku Long Putera adalah putera isteri pertama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa III, Nai Nal Abidin yang bernama Paduka Bonda Nang Che Puan. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Paduka Seri Sultan Abdullah lantas bertindak menggadaikan Pulau Pinang kepada Inggeris. Tengku Long Putera, Laksamana Datu dan adindanya Tengku Anjang Johan telah menjadi korban Musuh Bisik (dibunuh Thai) dalam tahun 1821. Namun begitu masih ada mereka-mereka yang menafikan hakikat ini dengan mengatakan mereka berdua kononnya berpindah ke Sumatera sedangkan pembunuhan mereka dirahsiakan oleh kerabat yang bersekongkol dengan Thai kerana mahukan kuasa. Makam mereka dua beradik masih berada di Kedah tetapi bukan di Makam di Raja Langgar tetapi didalam hutan rimba dan sahaja dibiarkan begitu.

Pada hari ini kita lihat pemerintah Thailand keturunan penjajah Dinasti Chakri Sokho Thai Bhumiphol Adulyadej (bahasa Siam suku-tai bermaksud puak-kafir) telah menghantar tenteranya keselatan Thailand dengan kaedah ’menghilangkan etnik melayu siam islam’. Dakwaan ini dibuat oleh Pengarah Human Rights Watch Asia, En. Brad Adams.

Penulis adalah waris mutlak Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang dibunuh Thai dalam tahun 1876.

TUANKU NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD,
Langgar, Kedah Darulaman.

Lagu Negeri Kedah - Allah Selamat Sultan

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata

Masa aku kecik-kecik dulu aku tertanya tanya kenapa dalam lirik tu tulis "Negeri Kedah Serata-rata"? pasai pa "serata-rata"? Besaq ka negeri Kedah ni? jawapan dia ada dibawah!

(Peta Kerajaan Kedah Psai-Ma pada 1730)

KEWUJUDAN KEDAH BUKAN PADA 1136 MASIHI?

KENYATAAN Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hong baru-baru ini yang menyarankan agar mengkaji semula sejarah kedatangan Islam di Nusantara, adalah dirujuk. Saya selaku waris mutlak kesultanan Sultan Jaafar Muadzam Shah, pemerintah benua Siam Islam membantu untuk menjelaskan kedudukan sebenar atau realiti sejarah. Kewujudan Kedah memang terbukti sejak tahun 222 Hijrah bersamaan 812 Masihi seperti tercatat dalam tulisan jawi (rujuk lampiran 65 bertulisan jawi Undang-Undang Kedah Transliterasi Teks, penyelenggara Mariyam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005). Di sini ternyata kewujudan Kedah bukan tahun 1136 Masihi seperti diuar-uarkan oleh ahli sejarah Kedah Darul Aman. Boleh dikatakan banyak nama tempat atau negara adalah berasal daripada perkataan Siam. Ini disebabkan negara-negara berkenaan memang berasal dari benua Siam Kedah Kheang Tesh. Negara Filipina misalnya, kewujudan negara tersebut adalah pada tahun 1758 masihi. Ia didirikan dan diperintah oleh Raja Maha Besar Benua Siam Dinasti Ayuthia yang digelar Boromoraja V Ekataat Cau Phaya Sharif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Baginda bersemayam di Ayuthia (Thailand). Putera baginda bergelar Cau Phaya Kersan bermakna Cau = Tuanku, Phaya = Maharaja, Kersan = Yang Ke-II. Nama sebenar ialah Koya Long Sultan Muzaffar Shah. Semasa menjadi raja di Kemboja, baginda digelar Pho Chan iaitu Putera Lelaki Beta. Pada tahun 1976 Masihi semasa baginda bersemayam di Kota Ayuthia Cempaka Sari, Kemboja, baginda diusir oleh tentera raja Buddha Aluang Phraya Lanna Thai. Aluang Phraya berasal dari India dan mereka menubuhkan kerajaan di Luang Phrabang Benua Siam pada tahun 1736 Masihi. Apabila diusir, Koya Long kembali ke Brahman Indera, Alor Star. Para pegawai Koya Long ditempatkan di Pulau Langkawi dan sempena penempatan itu maka tempat itu dinamakan Kampung Kamboja. Tenteranya pula ditempatkan di Bendang Raja Mukim Rambai Pendang, Kedah. Pada 1758, baginda berpindah ke Kuala Kangsar, Perak lalu membina sebuah Ayuthia dari kayu dan buluh, sesudah itu baginda membina kota Bukit Gantang dan menempatkan istana di dalam kota tersebut. Kini kota tersebut dikenali dengan nama Kota Long Jaafar. Long Jaafar ialah cucu Koya Long. Long Jaafar ialah Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Putera Koya Long yang bernama Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ialah ayahanda kepada Sultan Jaafar Muadzam Shah Perak. Syed Alang Alauddin bersemayam di Ayuthia Ban Nai Lang dalam kawasan Na Thawi, Songkhla Thailand. Perkataan Songkhla bermakna hantar benih. Hantar benih di sini bermaksud Raja Maha Besar benua Siam Sharif Shah menghantar keturunannya untuk menjadi raja di Songkhla.

TUANKU NAI LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG AHMAD,
Langgar, Kedah Darulaman.


p/s: Masih ramai lagi yang belum tahu kisah sebenar sejarah Negeri Kedah disebabkan ada pihak-pihak tertentu yang mahu meyembunyikan KEBENARAN! Kisah sebenarnya telah diputar-belitkan didalam buku text disekolah sekolah. Mengapa? Sila layari http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ untuk mengetahui sejarah sebenar dengan lebih lanjut.